Satu lagi spekulasi baru telah muncul namun kini datangnya dari negara seberang, Indonesia. Walaubagaimanapun, spekulasi ini tidak harus diterima dan dijadikan petunjuk konkrit kerana ia datangnya dari seorang bomoh Indonesia!
Bomoh wanita yang berasal dari Sumatera Utara , bernama Ani (48), kononnya menjelajah secara ghaib mendakwa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terhempas di kawasan paya di sebuah lembah di Vietnam.
"Pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 krew dalam penerbangan itu sepertinya berada di satu lembah dengan hutan yang amat tebal ," Kata Ani yang ditemui di Medan oleh pemberita Portal Indonesia, Antara , Khamis (13/3/2014) .
Tambahnya lagi, kawasan itu kini "dikuasai" makhluk-makhluk ghaib. Namun, Ani turut mendakwa kedudukannya akan diketahui dalam beberapa hari lagi. Ani juga mengatakan orang biasa pasti sukar menerima perkara ghaib yang diceritakannya.
"Saya lihat lokasi pesawat MH370 bukan di Laut Cina Selatan mahupun di perairan Selat Melaka, tapi di suatu lembah paya". Ujar Ani bersama suaminya, Upit yang kini tinggal di Jalan Pancasila Tembung Permatang Kuching, Kabupaten Deliserdang , Sumatera Utar.

Sumber: Okezone.com
Kita baru sahaja dipersendakan dunia dengan kehadiran sekumpulan bomoh yang melakukan ritual di KLIA. Walaupun dengan bantuan teropong dan tikar terbang, sehingga ke saat ini, tiada satupun perkhabaran pesawat MH370 yang ditemukan oleh kumpulan itu. Sekurang-kurangnya, bomoh Indonesia sudahpun mendakwa berjaya menemui lokasi pesawat tersebut!
Apapun, sebagai umat Islam, kita perlu menolak perkara Khurafat dan Tahyul yang bertentangan dengan syarak. Tidak kira lah bomoh dari negara mana sekalipun.

Sumber : Tengoktvonline
0 Response to "[ Terkini ] MH370 berada di lembah, dikuasai makhluk ghaib - Bomoh Indonesia"
Post a Comment