Zed Zaidi Dakwa Dia Keliru, Mohon Maaf Dengan Twitter Tragedi MH370

Ekoran dikecam hebat selepas mengeluarkan kenyataan yang tidak sensitif di laman sosial Twitter miliknya berhubung kehilangan pesawat MH370, bekas Presiden Seniman Zed Zaidi tampil memohon maaf.



Menurut beliau menerusi Twitternya mengatakan beliau keliru dan tiada niat mahu memburukkan lagi keadaan.

"Sy mohon maaf atas kenyataan mengenai kapal terbang MAS yg hilang di Twitter & FB sy tadi. Sy tiada niat utk memburukan lagi keadaan. TQ.

Baca: Pesawat Hilang - Bekas Presiden Seniman, Tak Sensitif Kutuk MAS Habis-Habisan




"Hentikan spekulasi! Sy keliru, kita doa semoga semua anak kapal & penumpang MAS yg hilang dlm keadaan selamat semoga Allah melindungi mereka," katanya yang dipetik di Twitter.

Terdahulu Zed memuat naik status di laman sosial Twitter berbaur hinaan terhadap Malaysia Airlines (MAS) yang menggambarkan syarikat penerbangan itu seolah-olah tidak 'lekang' dengan kontroversi, selepas isu 'nasi lemak telanjang' yang mengundang kritikan orang ramai, baru-baru ini.

"Biar betik? Kapal terbang MAS yg besar gedabak tu boleh hilang? MAS Rugi, nasi lemak telanjang, asam pedas ikan takde skrg kapal terbang hilang!" petik status beliau di laman Twitter hari ini.

Status tersebut menggambarkan artis yang pernah popular dengan drama bersiri Sembilu Kasih tidak sensitif di kala nasib kesemua 239 penumpang pesawat tersebut masih tidak diketahui.

Awal pagi tadi, penerbangan pesawat MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi ke Beijing dilaporkan terputus hubungan dengan dengan pusat kawalan trafik pada pukul 2.40 pagi.

Pesawat Boeing 777-200 sepatutnya dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi tadi.

Namun sehingga kini tiada perkembangan terkini mengenai status pesawat berkenaan.

0 Response to "Zed Zaidi Dakwa Dia Keliru, Mohon Maaf Dengan Twitter Tragedi MH370"

Post a Comment