AGAK-AGAK KALAU OBAMA NI PEMIMPIN TERTINGGI DAP ... APA KATA YANG BAKAL DITERIMA DARI PARA MACAI UMNO????
Kita berlapang dada berdingin kepala dengan berhujah secara fakta bukan auta .. realiti bukan emosi.
Kalaulah Presiden Obama ini pemimpin tertinggi DAP melakukan perkara yang sama iaitu melawat Masjid Negara dan Makam Pahlawan dengan tidak perlu disambut oleh Imam Besar masjid negara serta diiringi oleh menteri pengiring ... apa akan terjadi ????
Buat tekaan dengan mengambil kira sejarah lampau dan silam ... adakah bunyinya selunak apa yang gembar gemburkan oleh semua media arus perdana atau kena gempur sampai jadi bubur????
Omak Kau sedikit pun tidak membantah acara lawatan Presiden Obama ke Masjid Negara dan Makam Pahlawan sebaliknya amat mengalu-alukannya.
Sehingga kini tidak lagi kedengaran macai-macai UMNO terjerit terlolong memekik memekak buat bantahan kononnya menghina kesucian Agama Islam?????? .. MENGAPA?????
Mohon maca-macai UMNO berikan penjelasan demi pencerahan.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama hari ini melawat Masjid Negara, sebuah daripada monumen terkenal di Malaysia, melambangkan pendekatan beliau dalam mendekati dunia Islam.
Acara pertama beliau pada Ahad dengan melawat ke masjid itu menandakan penerimaan beliau kepada amalan kesederhanaan dalam Islam di negara ini, dengan majoriti penduduknya yang berjumlah 30 juta beragama Islam.
Presiden Amerika Syarikat ke-44 itu, yang menjawat jawatan pada 2009 dan kemudian dipilih semula bagi penggal kedua pada 2012, disambut Imam Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dan jawatankuasa masjid sebaik tiba dengan menaiki limousin presiden di hadapan pintu masuk utama masjid di Jalan Perdana, di sini pada 9.40 pagi.
Obama, yang memakai suit gelap, diiringi Syaikh Ismail ke dewan solat dan berhenti seketika di Makam Pahlawan, yang terletak berhampiran Masjid Negara.
Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin selaku menteri pengiring dan Duta Khas Amerika Syarikat ke Pertubuhan Kerjasama Islam Rashad Hussain.
Lawatan bersejarah tiga hari beliau ke negara Asia Tenggara ini - sebahagian daripada siri jelajah Obama ke empat negara Asia - adalah yang pertama oleh Presiden Amerika dalam tempoh 48 tahun sejak lawatan Presiden Lyndon B.Johnson pada 1966.




0 Response to "AGAK-AGAK KALAU OBAMA NI PEMIMPIN TERTINGGI DAP ... APA KATA YANG BAKAL DITERIMA DARI PARA MACAI UMNO????"
Post a Comment