EDISI MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR KERAJAAN PR SELANGOR PIMPINAN TAN SRI KHALID IBRAHIM ... SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) DAN TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)







Manfaat khairat kematian bernilai RM 2,500 untuk warga emas / OKU yang layak


SKIM MESRA USIA EMAS, adalah salah satu dari 7 agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1). Agenda ini adalah inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat yang mula memerintah Selangor mulai dari Mac 2008. Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1hb Oktober 2008.

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini adalah skim khairat kematian, sebagai menghargai warga emas, tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. Ia adalah pemberian percuma kerajaan Negeri Selangor kepada warga emas dan OKU yang layak. Apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh lah menuntut dari Pusat Khidmat DUN di tempat mereka telah didaftarkan dan kerajaan negeri akan memberi sumbangan khairat kematian atau manfaat sebanyak RM2,500.

Tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.


Syarat Kelayakan Memohon:

1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN

1.1 Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU

1.2 Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; ATAU

1.3 Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

Pada usia 18 tahun, anak-anak ini yang mendaftar dengan TAWAS berpeluang menerima RM 1,500.00.

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008.

Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM 1,500.00 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor.

Risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Kami akan mendaftarkan anak-anak yang berumur tidak melebihi 1 tahun kedalam program ini. Anda hanya perlu menyediakan dokumen seperti berikut :

1. MyKad Ibu dan Bapa
2. MyKid atau Surat Lahir Anak
3. Surat Pengakuan Anak Angkat ( Jika Perlu ).

0 Response to "EDISI MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR KERAJAAN PR SELANGOR PIMPINAN TAN SRI KHALID IBRAHIM ... SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE) DAN TABUNG WARISAN ANAK SELANGOR (TAWAS)"

Post a Comment