TELUK INTAN: Seorang wanita dan anak
perempuannya maut selepas kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah
lori di KM47 Jalan Teluk Intan-Sitiawan di sini petang semalam.
Gambar Hiasan |
Dalam kejadian pada 5 petang itu, mangsa
dikenali sebagai Nurzuraiyanie Habil, 30, dan Iman Nur Qurratunnisa Muhammad
Syafie, 2, meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara seorang lagi anak mangsa Muhammad
Iman Qashrin, 5, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata kereta jenis Proton Saga BLM yang dipandu Nurzuraiyanie dari arah Teluk Intan menghala ke Sitiawan dipercayai cuba memotong kenderaan di hadapannya sebelum bertembung sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
"Kereta yang dipandu mangsa telah berpusing beberapa kali dan terbakar manakala lori itu telah terbabas ke bahu kiri jalan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Goh berkata pemandu lori berusia 37 tahun itu tidak sempat mengelak memandangkan jarak yang terlalu dekat dan mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.
Katanya ketiga-tiga beranak yang berada di dalam kereta itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba dan orang ramai.
Goh berkata kedua-dua mangsa yang maut dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala pemandu lori dan anak mangsa yang terselamat dirawat di hospital sama.
"Hasil bedah siasat yang dilakukan, Nurzuraiyanie mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan manakala anaknya mengalami kecederaan parah di kepala selain melecur teruk," katanya.
Sumber : fantasi-media.blogspot.com

0 Response to "Gagal Potong Lori, Ibu dan Bayi dua Tahun Maut Dalam Kemalangan"
Post a Comment