Keereta mangsa tenggelam selepas terjunam di parit berhampiran Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. Foto: Fb/WikipediaRakyat |
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, kereta jenis Perodua MyVi yang dipandu Azmiyani Sairun gagal dikawal sebelum terjunam ke dalam parit yang berkedalaman kira-kira lapan meter.
Azmiyani yang berusia lingkungan awal 30-an berada dalam kenderaan ketika terjunam.
Mangsa bagaimanapun berjaya keluar dari kereta dan tidak mengalami kecederaan.
Gambar kereta berkenaan yang terapung dalam parit berkenaan menjadi viral di laman sosial sehingga ada yang membuat cerita palsu kononnya mangsa lemas ekoran kejadian tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bagaimanapun mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tersebut. – New Malaysian Post

0 Response to "[Gambar] MyVi terjunam ke dalam parit di Kota Kinabalu"
Post a Comment