KERANA DESAK KERAJAAN AMBIL TINDAKAN TEGAS KEATAS PETRON PENGUSAHA STESEN MINYAK SUDAH 1 MINGGU TIADA MENDAPAT BEKALAN???


Beginilah keadaan sebuah stesen minyak Petron di Sungai Buluh  ... sudah 7 hari tiada mendapat bekalan petrol dan diesel dari Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) hganya disebabkan suatu desakan kepada kerajaan diambil keatas syarikat minyak berkenaan kerana mengenakan caj tambahan kepada para pengusaha stesen minyak ketika mau memperbaharui lesen bagi mendapatkan bekalan.

Syarikat Petron di Malaysia ini siapa yang punya ek?????  .. Dengar kata salah seorang pemegang syer terbesar adalah anak Mahathir.

Beginikah mereka melayan para pengusaha stesen minyak kaum bumiputera?????? .. Dimana laungan sumpah keramat Ketuanan Melayu??????

Kira-kira 400 ahli pengusaha stesen minyak Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd. (Petron Malaysia) meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat berkenaan yang mengenakan caj tambahan ketika memperbaharui lesen bagi mendapatkan bekalan.

Pengusaha Stesen Minyak Petron Sungai Buloh, Datuk Alang Zari Ishak berkata, majoriti pengusaha stesen minyak itu tidak bersetuju dengan tindakan syarikat berkenaan yang didakwa melanggari perjanjian awal.

"Pengusaha menyatakan tidak setuju ke atas kenaikkan kadar tersebut bersandarkan fakta.

"Surat dari kerajaan bertarikh 3 Januari 2001 dan 22 Mac 2006 dengan khusus dan jelas tidak membenarkan pihak syarikat minyak mengenakan sebarang caj tambahan ke atas pengusaha tanpa kebenaran kerajaan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Alang Zari mengulas tindakan syarikat minyak berkenaan yang membelakangkan arahan kerajaan sehinggakan membawa kepada ketiadaan bekalan minyak untuk dijual di stesen minyak Petron sekali gus mendatangkan kesusahan dan kesulitan kepada pengguna.

Kali terakhir syarikat itu membekalkan bahan api berkenaan kepada pengusaha stesen minyak Petron di Sungai Buloh adalah pada 31 Mac lalu
.

0 Response to "KERANA DESAK KERAJAAN AMBIL TINDAKAN TEGAS KEATAS PETRON PENGUSAHA STESEN MINYAK SUDAH 1 MINGGU TIADA MENDAPAT BEKALAN???"

Post a Comment