NAH MACAI-MACAI UMNO .. APA KAMU DAPAT BERMATI-MATIAN MENYOKONG UMNO SELAMA INI??????


Omak Kau tidak mempersoalkan tindakan kerajaan memberikan keistimewaan kepada para anggota keselamatan termasuk anggota Bomba dan Penyelamat serta bekas polis dan veteran tentera dapat Kad Diskaun 1M'sia Privilege Card (1MPC) kerana jasa mereka yang besar kepada negara untuk meringankan beban hidup mereka yang terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meninggi memuncak kini.

Sekurang-kurangnya kerajaan UMNO/BN sedar yang rakyat bawahan ini hidup semakin susah walaupun menerima gaji tetap setiap bulan.

Masalahnya .. kepada para penyokong, pendokong, pejuang dan ahli UMNO terutamanya di FELDA, pendalaman dan luar bandar yang bermati-matian memberikan sokongan padu kepada UMNO/BN pada PRU 13 lalu ..

Kalau bukan undi dan sokongan mereka sudah pasti UMNO/BN kini menjadi pembangkang diperingkat pusat.

Selain undi awal yang terdiri dari anggota beruniform menyokong padu UMNO/BN kelompok warga FELDA, Kampong tradisional dan pendalaman yang  kukuh menyokong UMNO pada PRU 13.

Mengapa mereka ini tidak diberikan keistimewaan yang serupa .. Kalau ikut logik akal .. mereka ini yang lebih layak kerana kehidupan mereka jauh lebih susah dan menderita dari kakitangan awam beruniform (pengundi awal) .

Para penyokong PR tidak diberikan kad diskaun tidak mengapa sebab tidak menyokong UMNO/BN tetapi penyokong-penyokong tegar UMNO ini dibiarkan begitu sahaja menerima nasib serupa dengan penyokong PR.

Inilah nasib yang di tanggung oleh para pendokong totok UMNO .. senasib dengan penyokong Pakatan Rakyat .. langsung tiada keistimewaan pun .. bazir air liur, nafas, stamina, tenaga dan masa menyokong UMNO.

Kalau masih tidak sedar .. Tiada apa lagi mau di katakan .. hanya sekadar mengelengkan kepala sebab masih tidak sedar bagaimana layanan diterima mereka dari kerajaan yang dipujanya UMNO/BN.

0 Response to "NAH MACAI-MACAI UMNO .. APA KAMU DAPAT BERMATI-MATIAN MENYOKONG UMNO SELAMA INI??????"

Post a Comment