PROFESOR IZZI ALI JAWAB DAKWAAN #CABUL PELAJAR UITM



Setelah sekian lamanya berdiam diri dengan kontroversi yang mendakwa dirinya #mencabul seorang pelajar wanita UiTM, akhirnya Profesor Izzi mula bersuara.

Melalui laman Facebook miliknya yang dihujani dengan pelbagai soalan dan comment liar, pakar motivasi terkenal itu bagaimanapun tidak memberikan respon secara langsung terhadap pertuduhan yang mengaibkan dirinya itu.

 


 

Sebaliknya beliau hanya sekadar mengemaskini status terbarunya yang memetik surah An-Nisaa:

"Di mana jua kamu berada maut akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng yang tinggi lagi kukuh,"





Tidak dapat dipastikan sama ada status terbaru itu mempunya kaitan dengan dakwaan pelajar wanita UiTM tersebut.

Status itu mendapat reaksi ramai tidak beberapa lama kemudian. Ramai di antara mereka mendesak Profesor Izzi memberikan jawapan yang benar dan jelas mengenai dakwaan terbabit.

"Prof, sila kemukan (penjelasan) adakah betul pasal (dakwaan) kes budak UiTM Arau, Perlis tu? Mohon Prof terus terang," desak seorang pengguna Facebook bernama Mohd Syafiq.

Ada juga yang meminta semua pihak bersabar dan berhati-hati kerana ada kemungkinan Profesor Izzi difitnah.





Nurul Shuhada Shahadan pada 28 Mac 2014 telah membuat laporan polis mendakwa Profesor Izzi telah #mencabul dirinya di dalam pejabat lelaki berkenaan di UiTM Arau, Perlis.

Ekoran dari laporan pelajar berkenaan, isu ini menjadi viral di media sosial. Ramai yang tampil mendedahkan yang perbuatan tidak senonoh mengenai Profesor Izzi telah berlaku sejak dari dulu lagi. - My Media Hub

0 Response to "PROFESOR IZZI ALI JAWAB DAKWAAN #CABUL PELAJAR UITM"

Post a Comment