Kebelakangan ini antara isu yang hangat diperkatakan adalah keengganan Air Asia untuk berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Pada asalnya, memang berlaku kelewatan pembinaan KLIA2 oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) disebabkan penambaikan pelan asal. Selepas menerangkan punca kelewatan pembinaan, kini Air Asia pula dilihat seolah-olah main tarik tali apabila enggan berpidah kerana masih tidak puas hati dengan beberapa perkara. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya masuk campur dan mengeluarkan arahan, AirAsia bagaimanapun perlu pindah ke KLIA2 seperti telah dijadualkan pada 9 Mei depan.
Hal ini kerana AirAsia sepatutnya mengemukakan sebarang kemusykilan dan masalah tentang perpindahan pada peringkat awal dan bukannya pada peringkat KLIA2 sudah siap. Begitu pun, semua pihak sudah pasti tertanya-tanya apakah sebab sebenarnya AirAsia keberatan untuk berpindah ke KLIA2. Apakah mereka benar-benar teraniaya? Menurut Facebook Kami Sokong Tun Dr Mahathir, di bawah adalah lima sebab tersebut:
Antaranya, AirAsia enggan menggunakan sistem pemprosesan penumpang seragam oleh SITA dan menganggap jambatan aero membazir. Sistem pemprosesan SITA dikatakan teknologi tercanggih di dunia dalam penyelesaian bersepadu IT manakala jambatan aero dicipta khusus untuk memudahkan penumpang kurang upaya seperti warga emas, kanak-kanak dan ibu bersama bayi.
Selain itu, AirAsia juga dikatakan menginginkan insentif Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) diberikan kepada mereka selain sebuah muzium penerbangan. Ibu pejabat baru AirAsia di KLIA2 juga dikatakan belum siap sepenuhnya, benarkah?Dibina dengan kos pembangunan RM4 bilion, KLIA2 bakal digunakan syarikat penerbangan tambang rendah tempatan, antarabangsa serta syarikat penerbangan perkhidmatan sepenuhnya.
KLIA2 berukuran 257,000 meter persegi dan dilengkapi dengan 60 pintu, lapan stesen kawalan, 80 jambatan aero serta ruang runcit berkeluasan 32,000 meter persegi untuk menempatkan 225 tempat jualan dan direka untuk menampung 45 juta penumpang setahun.Apa pun, seluruh rakyat Malaysia sudah tentu mahu agar kesemua kemelut diselesaikan dengan baik dan akhirnya menguntungkan semua pihak. - Lapor newshub.
0 Response to "Sebab Sebenar Air Asia Tak Nak Pindah Ke KLIA 2"
Post a Comment