Terkini MH370 : Memburu Bunyi ‘Keramat’


PERTH: Ketika pencarian Pesawat MH370 memasuki hari ke-30 semalam, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia masih belum dapat mengesahkan isyarat akustik yang dikesan kapal China, Haixun 01 kelmarin di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi datang dari pesawat milik Malaysia berkenaan.








MH370 : Memburu bunyi ‘keramat’, info terkini pesawat MH370, berita,
Bot kecil yang dihantar oleh kapal tentera laut China, Jinggangshan ke kawasan yang disyaki untuk mencari MH370 yang hilang di Selatan Lautan Hindi. – Ihsan Xinhua



Ketua Penyelaras JACC Angus Houston berkata, isyarat akustik yang dilaporkan dikesan itu tidak dapat disahkan pada masa ini.






Bunyi ping seperti detik jam pada dinding, tetapi inilah bunyi yang sangat diharap dapat didengari oleh kumpulan pencari seluruh dunia yang menjejak penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Masalahnya, tempoh hayat bateri kotak hitam yang menghantar isyarat ping berkemungkinan sudah tamat atau tinggal beberapa hari saja lagi. Apa akan jadi selepas itu? Adakah masih ada harapan mencari pesawat yang membawa 239 penumpang itu?


Setiap pesawat komersial diwajibkan mempunyai pinger, secara teknikal ia dipanggil penanda lokasi dalam air yang membantu mengesan pesawat hilang. Satu terletak pada rekorder data pesawat manakala sebuah lagi di perakam suara kokpit.



Sumber : HarianMetro

0 Response to "Terkini MH370 : Memburu Bunyi ‘Keramat’"

Post a Comment