Seorang wanita cina yang dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya telah diserang dan diragut oleh seorang lelaki bersenjata.
Dalam kejadian kira-kira jam 8:00 pagi di Taman Mayang itu, mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya telah dipukul dengan senjata tumpul yang dipercayai sebatang paip besi.
Lelaki berpakian putih cuba merampas beg tangan sambil memukul mangsa. Manakalanya rakan lelaki tersebut menunggu di motosikal.
Mangsa cuba melawan dan menjerit meminta tolong orang di sekeliling. Beberapa tukang sapu yang berada berhampiran dengan tempat kejadian bergegas datang membantu mangsa. Dua lelaki berkenaan terus melarikan diri dengan tangan kosong.
Mangsa mengalami pendarahan yang teruk di bahagian kepala akibat dipukul dengan paip besi. Orang ramai menghantar wanita berkenaan ke hospital dan menerima 7 jahitan di kepala.
Menurut jururawat hospital berkenaan, ini merupakan kes yang ketiga diterima bagi bulan ini.
0 Response to "VIDEO PERAGUT BELASAH WANITA DENGAN PAIP BESI DI TAMAN MAYANG, PJ"
Post a Comment