Hubungan baik yang sudah terjalin selama empat tahun rasanya sudah cukup matang untuk diletakkan pada satu fasa yang lebih serius. Fadzil mengaku mereka berkawan rapat sejak empat tahun lepas.
Mereka mula berkenalan ketika pengambaran filem Rempit V3 yang diarahkan oleh abang Fadzil, Farid Kamil.
Namun pasangan ini lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan kepada umum.
Mereka mula berkenalan ketika pengambaran filem Rempit V3 yang diarahkan oleh abang Fadzil, Farid Kamil.
Namun pasangan ini lebih selesa untuk tidak terlalu mendedahkan hubungan kepada umum.
“Keserasian kami buatkan saya selesa bersama Yana. Setakat ini kami belum lagi berbincang perihal nak berumah tangga. Tapi kalau di masa akan datang, kalau sudah ditakdirkan saya terima. Sekarang memang kami di fasa berkawan baik”
Seluar Jean Levi's Terbaru Dengan Teknologi Built-in Pendingin Badan
Di usia yang mencecah 31 tahun memang dia sudah terfikir untuk berkahwin. Namun karier dan juga syarikat yang baru dibina memerlukan komitmen yang terlalu tinggi menyebabkan Fadzil memperlahankan dahulu soal jodoh.
“Saya dah 31 tahun, memang saya dah nak kahwin. Tapi sekarang komitmen saya pada syarikat terlalu besar. InsyaAllah lepas dah stabil sikit syarikat saya ni nanti, saya akan kembali memikirkan soal jodoh secara serius”
Fadzil Zahari juga berkata yang Yana Samsudin sudah berjumpa dengan kedua ibu bapanya — malah mereka pernah makan bersama.
“Yana sudah jumpa kedua ibu bapa saya. Tapi secara kebetulan, tidak dirancang pun. Kadang kadang sedang kami makan kat restoran, rupanya mak ayah saya juga makan kat tempat sama,” terang Fadzil mengakhiri perbualan ketika ditemui semalam.
0 Response to "Yana Samsudin Sudah Jumpa Ibu Bapa Saya - Fadzil Zahari"
Post a Comment