Semalam, heboh satu kisah mengenai lelaki berkopiah yang kini diburu polis kerana memanah seekor anjing sebanyak dua kali sehingga cedera di Taming Jaya, Balakong.
Di laman sosial, gambar anjing dengan panah yang terlekat di tubuhnya dan juga lelaki berkenaan juga semakin banyak dikongsikan oleh pengguna internet.
Bagaimanapun, menerusi The Star hari ini, anjing baka Rottweiler yang dinamakan Brianna tersebut dilaporkan telah mati akibat pelbagai penyakit termasuklah trauma akibat panahan tersebut.
Menurut pihak veterinar yang merawatnya, keadaan anjing itu sememangnya lemah dan sakit kerana diabaikan dalam tempoh yang agak lama.
Panah Anjing
Menerusi Facebook Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB), seorang wanita yang mendakwa rakannya merupakan jiran kepada lelaki tersebut.
Menurutnya, lelaki itu mendakwa Brianna cuba mengejar anak-anaknya dan mahu masuk ke dalam rumahnya.
“Ia tidak benar.. pagar rumah itu bertutup dan Brianna tidak pernah cuba mengejar anak-anaknya,” ujarnya, memetik Mynewshub.
sumber
0 Response to "Anjing Dipanah Lelaki Berkopiah Akhirnya Mati"
Post a Comment