Biarawati Koma Diragut, Dipukul Guna Topi Keledar Di Gereja Seremban




DUA orang paderi wanita diserang di sebuah gereja di Seremban awal pagi tadi dan mereka dipukul dengan topi keledar sebelum turut disamun.

Paderi itu Juliana Lim, 68, dan Mary Rose, 80, difahamkan diserang oleh dua penyerang, menurut laporan laman web The Malaysian Insider (TMI).

Menurut seorang paderi yang engggan dikenali, Lim dalam keadaan koma dan kritikal manakala Mary-Rose dalam keadaan lemah tetapi sedar. Kedua-duanya dimasukkan ke wad di Hospital Seremban.

Paderi itu berkata Mary-Rose bercerita bahawa penyerang itu menyerang kedua-dua mereka dengan topi keleder dan kemudian meragut beg mereka yang mengandungi Bible, buku sembahyang, rosary dan wang tunai.

Pihak Polis hadir ke hospital hari ini untuk bertemu Mary-Rose dan merakamkan gambar kecederaan yang dialaminya dalam serangan itu.

Mereka sebelum itu tiba di Gereja Visitation di Jalan Yam Tuan pada pukul 6.15 pagi dengan sebuah kereta bersama dua lagi pader untuk upacara mass pada awal pagi.

Dua orang paderi tadi kemudiannya pergi untuk menjalankan upcara manakala Lim dan Mary-Rose pergi ke pintu masuk utama di mana mereka dipercayai telah diserang.

Beberapa ketika, kedua-dua paderi itu ditemui dalam keadaan terbaring di atas tangga di pintu masuk utama gereja oleh penjaga gereja yang datang membuka pintu.

Menurut laporan TMI, dua mangsa itu hadir dari gereja Infant Jesus Order berpakaian biasa dan bukan berpakaian keagamaan.

Dua paderi berkenaan tinggal berdekatan kira-kira 10 minit jarak memandu dari gereja itu, kerap hadir untuk mass di awal pagi setiap hari.

Di hospital, beberapa orang paderi mengambil giliran menjaga rakan mereka yang masih menerima rawatan akibat serangan berkenaan.

Pengguna internet dan laman sosial mengutuk keras insiden berkenaan dan berasa curiga adakah serangan itu bermotifkan rompakan atau ia bermotifkan agama akibat beberapa isu melibatkan Kristian pada masa ini. 

sumber

0 Response to "Biarawati Koma Diragut, Dipukul Guna Topi Keledar Di Gereja Seremban"

Post a Comment