Kota
Bharu: Ketika usianya baru 23 hari, Siti Nurdini Dalili Shahrizul mencuri
tumpuan ramai apabila dilahirkan dengan cuping telinganya dikatakan menyerupai
kalimah Allah SWT.
Ibunya, Maizatul Akma
Mohamad Kholid, 28, dari Kampung Pasir Hor, di sini, berkata tidak menyedari
cuping telinga anak sulungnya itu begitu, sehinggalah ditegur orang kampung yang
datang melawat.
“Sebelum
ini saya dan ibu bapa pelik kenapa bentuk telinga Siti Nurdini Dalili kelihatan
lain dan kami menyangka itu satu jenis kecacatan.
“Seminggu
kemudian selepas dibenarkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), ada
penduduk kampung datang ke rumah untuk melawat anak dan menegur mengenai perkara
itu.
“Malah, seorang ustaz yang
berkunjung juga memberitahu anak saya bertuah kerana telinganya bertanda seperti
kalimah Allah.
“Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia kurniaan
Allah SWT,” katanya.
Siti Nur
Maizatul Akma berkata, dia tidak mahu memikirkan perkara yang tidak elok,
sebaliknya mahu Siti Nurdini Dalili menerima didikan Islam yang
sempurna.
sumber
0 Response to "Cuping Telinga Bayi 23 Hari Terukir Kalimah"
Post a Comment