Samburu: Kadang-kadang siaran berita boleh membawa kepada berita yang lain. Di sebuah pusat peranginan di Kenya, seorang lelaki dibunuh rakannya gara-gara bertengkar mengenai siaran berita yang wajar ditonton dan berebut alat kawalan jauh televisyen.
Media semalam melaporkan, lelaki warga emas itu bertugas sebagai kurator di sebuah kem pelancong di daerah Samburu.
Dia terbunuh kerana dipukul pengawal keselamatan yang bertugas di kem sama.
Saksi berkata, kurator dan pengawal keselamatan itu bertengkar kerana tidak bersependapat dalam isu menonton berita yang disiarkan di televisyen pada jam 7 malam.
Gagal mengawal perasaan, kata saksi, pengawal keselamatan terbabit memukul kepala warga emas itu sebatang kayu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
“Mereka bertengkar ketika siaran berita itu baru bermula dan berebut memilih saluran yang digemari,” katanya.
Komandan Polis Daerah Samburu, Patrick Wambane berkata siasatan dijalankan bagi mencari punca kematian lelaki berkenaan dan suspek kini ditahan untuk membantu siasatan.
- Agensi
0 Response to "Lelaki Dibunuh Kerana Berebut Tengok Berita TV"
Post a Comment