Samburu: Kadang-kadang
siaran berita boleh membawa kepada berita yang lain. Di sebuah pusat peranginan
di Kenya, seorang lelaki dibunuh rakannya gara-gara bertengkar mengenai siaran
berita yang wajar ditonton dan berebut alat kawalan jauh
televisyen.
Media semalam melaporkan,
lelaki warga emas itu bertugas sebagai kurator di sebuah kem pelancong di daerah
Samburu.
Dia terbunuh kerana dipukul
pengawal keselamatan yang bertugas di kem sama.
Saksi berkata, kurator dan
pengawal keselamatan itu bertengkar kerana tidak bersependapat dalam isu
menonton berita yang disiarkan di televisyen pada jam 7 malam.
Gagal mengawal perasaan,
kata saksi, pengawal keselamatan terbabit memukul kepala warga emas itu sebatang
kayu menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.
“Mereka bertengkar ketika
siaran berita itu baru bermula dan berebut memilih saluran yang digemari,”
katanya.
Komandan
Polis Daerah Samburu, Patrick Wambane berkata siasatan dijalankan bagi mencari
punca kematian lelaki berkenaan dan suspek kini ditahan untuk membantu
siasatan.
-
Agensi
sumber
0 Response to "Lelaki Dibunuh Kerana Berebut Tengok Berita TV"
Post a Comment