Pelajar Koma Jatuh Bangunan Asrama Maktab Tentera Diraja (MTD)


Kuala Lumpur: Seorang pelajar tingkatan empat Maktab Tentera Diraja (MTD) Kem Sungai Besi di sini, parah selepas mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama maktab berkenaan.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, pelajar lelaki berusia 16 tahun itu dilaporkan koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan kecederaan serius dialami. 
“Mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat empat bangunan asrama berkenaan dan ketika itu terdapat seorang saksi yang melihat kejadian itu. 

“Saksi kemudian segera memaklumkan kejadian itu kepada pihak warden asrama sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya.


Katanya, pemeriksaan doktor mendapati mangsa disahkan mengalami pendarahan otak selain patah tulang belakang dan tulang pinggul.


“Susulan itu mangsa dipindahkan ke HKL untuk rawatan lanjut,” katanya. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. berhubung kejadian itu.

sumber

0 Response to "Pelajar Koma Jatuh Bangunan Asrama Maktab Tentera Diraja (MTD)"

Post a Comment