Dalam inkues yang diperdengarkan pada Isnin lalu, Martin Hadfield yang menganggur sejak beberapa bulan lamanya tetapi enggan menerima bantuan kerajaan kecewa kerana semua permohonan yang dibuat dalam tempoh 12 minggu gagal.
Keluarganya mendakwa dia dipintas oleh calon yang kurang berpengalaman dan lebih muda daripadanya apabila mereka ditawarkan pekerjaan dengan gaji yang lebih rendah.
Malah, sesetengah jawapan terhadap permohonan yang dibuatnya juga kurang sopan.
Permohonannya untuk menjadi tukang kebun ditolak menyebabkan dia berasa dirinya seolah-olah tidak berguna.
Dan hanya 24 jam selepas satu lagi sesi pertemuan dengan kakitangan agensi mencari pekerjaan, Hadfield ditemui menggantung diri di flat kediamannya.
Bapa tiri mangsa, Peter O’Gorman, 47, berkata, anak tirinya itu tidak membebankan mereka sekeluarga tetapi pada beberapa bulan terakhir hayatnya, dia merasakan dia menjadi beban kepada orang lain.
“Martin ialah individu yang rajin tetapi terlalu mementingkan harga diri untuk memberitahu kami jika dia berdepan sebarang kesukaran.
“Pada hari dia meninggal dunia, ibunya memberikan dia wang untuk tambang bas pulang, tetapi dia tidak menggunakannya. Dia berjalan pulang dan menyimpan wang itu untuk kegunaan lain yang lebih penting,” katanya.
Martin yang berasal dari Tottington, Greater Manchester ialah lepasan sekolah dengan kelulusan GCSE. Dia membantu bapa tirinya menjadi joki kereta sebelum mendapat pekerjaan sebagai tukang kebun.
Bagaimanapun, pada April tahun lalu dia kehilangan pekerjaan apabila syarikat tempat dia bekerja terbabit dengan penyusunan semula organisasi. - Daily Record

0 Response to "Pemuda Bunuh Diri Selepas 40 Permohonan Kerja Beliau Ditolak"
Post a Comment