Penduduk Yi’an yang
mendengar bunyi letupan kuat pada awal pagi semalam tidak menyangka ia
sebenarnya mungkin petanda kawasan itu ‘dilawati’ objek dari angkasa
lepas.
Pegawai kerajaan tempatan
semalam berkata, beberapa penduduk Mengchang mendakwa bunyi itu didengar
kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan).
“Apabila
mendongak, mereka melihat ada bebola api meluncur dan jatuh ke arah kebun
sayur-sayuran,” katanya.
Selepas
diselidiki, kata pegawai terbabit, penduduk menemui tiga objek aneh di tiga
kawasan berasingan di situ.
Berdasarkan gambar
dirakamkan penduduk, objek berkenaan berbentuk seperti bola besi yang
sebahagiannya di ditutupi lapisan bergerigi.
“Dua lagi objek serupa
dilihat jatuh dari langit ke arah daerah Baiquan yang bersebelahan,”
katanya.
Media tempatan melaporkan,
satu daripada objek misteri itu mempunyai diameter 70 sentimeter dan berat
kira-kira 40 kilogram.
Kedua-dua kawasan itu sudah
ditutup dan siasatan mengenainya sedang dijalankan.
sumber
0 Response to "Penduduk Gempar, Kebun Sayur Dilawat 'UFO'"
Post a Comment