Syazira Shuhaimi, Didakwa Menampar KRU?

“Mengarut dan kelakarlah (tuduhan). Mana logik macam ini? Takkanlah saya seorang wanita boleh naik tangan pada lelaki pula?” kata dramatis Eira Syazira berhubung dakwaan dia menampar seorang kru produksi ketika penggambaran telefilem Pulanglah Abah, baru-baru ini.



Dalam kejadian yang dipercayai berpunca daripada salah faham, kru terbabit mendakwa Eira atau nama penuhnya Syazira Shuhaimi, 30, menyerang dan memukulnya kerana tidak berpuas hati selepas ditegur akibat masalah audio ketika penggambaran berlangsung.

Eira berkata, dia terkejut dengan tuduhan individu dikenali sebagai Z itu dan mahu menyiasat secara terperinci mengenai perkara itu sebelum memberikan ulasan lanjut.

“Saya tak nak cakap apa-apa dulu.Saya memang terkejut bila orang tuduh macam ini sedangkan saya tidak tahu asal-usul dan hujung pangkal perkara ini.

“Saya takut kalau benda ini sengaja dicetuskan dengan niat atau tujuan tertentu yang mahu mengaibkan atau mencalar reputasi saya sebagai selebriti,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Media difahamkan, kejadian berpunca apabila Eira diminta menguatkan suaranya ketika penggambaran kerana tahap audio untuk merakamkan suara aktres itu terlalu rendah di sebuah restoran di Taman Melawati, Ampang di sini.

Akibat teguran itu, Eira menjadi marah dan mula memaki hamun sebelum menyerang dan menampar muka kru produksi itu.

Kalau dia betul-betul ada benda tak puas hati kenapa tak berjumpa saya dan suami? Kenapa pula bawa cerita macam ini terhadap saya?” katanya.

Tambahnya, dia juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki itu jika tuduhannya tidak sahih.

“Saya dan suami akan siasat benda ini.Kalau tak berasas, saya sedia berdepan dengan dia nanti,” katanya. ~ Sumber

0 Response to "Syazira Shuhaimi, Didakwa Menampar KRU?"

Post a Comment