SEORANG kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun di Richmond, Virginia, Amerika Syarikat dipukul hingga mati ketika cuba menyelamatkan kakaknya yang nyaris menjadi mangsa rogol, awal bulan lalu.
Insiden menyayat hati dan menggemparkan itu berlaku ketika Martin Cobb dan kakaknya yang berusia 12 tahun sedang bermain di kawasan landasan kereta api berhampiran rumah mereka.
Menurut pihak berkuasa, seorang lelaki tidak dikenali menghampiri budak perempuan itu sebelum menyerang mangsa secara seksual dan turut menampar mukanya beberapa kali.
Ketika Cobb cuba menghalang suspek, penyerang tersebut bertindak memukul kepalanya dengan batu.
Perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menyebabkan budak tersebut meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.
Difahamkan, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima aduan penduduk yang terlihat mangsa berlari dalam keadaan berbogel dan turut berlumuran darah dari kawasan belukar berhampiran.
Suspek yang merupakan seorang remaja diberkas beberapa hari selepas itu dan didakwa.
Hasil siasatan polis mendapati, suspek turut mengancam untuk membunuh mangsa jika dia mendedahkan identitinya kepada pihak berkuasa.
Menurut Daily Mail, difahamkan kanak-kanak perempuan tersebut kini semakin pulih walaupun masih trauma dengan kejadian yang meragut nyawa adiknya itu.
0 Response to "Budak 8 Tahun Dibunuh Ketika Selamatkan Kakak"
Post a Comment