Aktres jelita Rozita Che Wan telah mendedahkan bahawa dia telah menyekat lebih kurang 1,000 pengikut laman sosial Instagram-nya kerana rimas dengan komen-komen kurang enak apabila setiap kali dia memuat naik gambarnya.
"Bagi saya, Instagram saya adalah 'personal'. Adalah menjadi hak saya untuk meletakkan gambar saya. Kalau sesiapa yang tak suka jangan 'follow'.
"Saya pun pernah 'block' lebih kurang 1,000 orang," katanya yang ditemubual dalam rancangan "h live".
Tambah Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini lagi, dia juga berasa kecewa dengan komen-komen negatif.
"Saya muat naik gambar pun, gambar dengan suami saya. Sebenarnya gambar kami nampak macam bercium tu, tapi sebenarnya kami bukan bercium pun.
"Tapi bila kita jelaskan dia orang tetap kata tu gambar bercium. Kalau bercium pun apa salahnya, bukan suami orang pun," selorohnya.
Sumber : tupai.com.my
Sumber : tupai.com.my
0 Response to "Che Ta Sekat' 1,000 pengikut Instagram"
Post a Comment