Mayat ‘berparti’ sebelum dikebumi




New Orleans: Seorang wanita dikebumikan baru-baru ini, tetapi hanya selepas parti terakhir diadakan untuknya.

Parti itu menyaksikan dia didudukkan berhampiran meja bersama-sama bir, wiski dan rokok mentol.


Tidak ada parti yang lengkap tanpa lampu disko. Begitu juga dengan majlis pengebumian Miriam Burbank, 53, turut dilengkapi dengan lampu berkenaan.Miriam meninggal dunia pada 1 Jun lalu. Apabila pengurus rumah mayat di Charbonnet bertanya kepada dua anak perempuannya mengenai kegemaran ibu mereka, kedua-duanya memutuskan mereka mahukan upacara pengebumian yang menggambarkan kehidupannya yang sentiasa riang.



Kedua-dua anak Miriam mengilhamkan konsep menarik itu dengan meletakkan mayat ibu mereka seolah-olah seperti berada di satu parti, dengan dia duduk, menghisap rokok dan minum arak sementara lampu disko menerangi bilik itu.



Untuk memberi penghormatan kepada minat Miriam kepada pasukan bola sepak New Orleans, kukunya diwarnakan hitam dan emas - warna jersi pasukan berkenaan.



Menurut media, anak Miriam berkata, anggota keluarga lain turut menggemari idea itu, kerana menganggap ia ucapan perpisahan yang sesuai untuk ibu mereka.


Ini kali kedua tahun ini menyaksikan New Orleans menjadi hos kepada gaya pengebumian unik.



April lalu, seorang dermawan terkemuka, Mickey Easterling menjalani pengebumian serupa.


Lebih 1,000 orang menghadiri upacara pengebumian dermawan berusia 83 tahun itu dengan mayatnya didudukkan pada bangku besi dengan segelas champagne pada sebelah tangan dan rokok di sebelah lagi. - Agensi

0 Response to "Mayat ‘berparti’ sebelum dikebumi"

Post a Comment