Punca Kes Remaja Di Perkosa 38 Lelaki , Laporan Polis Tersebar !
Gadis berusia 17 tahun yang ditahan reman berhubung dengan kes rogol seorang gadis 15 tahun oleh kira-kira 38 lelaki di Ketereh, Kelantan pada 20 Mei lalu mungkin bersekongkol dalam merancang jenayah tersebut.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihak polis curiga kerana dia tidak membuat laporan polis berkenaan insiden itu, memetik The Star.
Setakat ini, lebih 10 orang termasuk gadis itu sudah ditahan dan polis percaya hampir kesemua mereka berada di bawah pengaruh dadah sewaktu melakukan perbuatan tersebut.
Azham turut menekan pengambilan pil kuda atau amphetamine sebagai salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan kes rogol.
Di Kota Bharu saja, lebih kurang 16 kes rogol dilaporkan sebulan dan kebanyakannya melibatkan mangsa bawah umur.
Kami percaya ia ada kaitan dengan penyeludupan dadah merentasi sempadan Malaysia dan Thailand, katanya.
0 Response to "Punca Kes Remaja Di Perkosa 38 Lelaki , Laporan Polis Tersebar !"
Post a Comment