Seronok Jadi ‘mayat’ Dalam Rancangan Televisyen Dan Filem




London: Kerjaya sebagai pekerja teknologi maklumat ternyata tidak cukup untuk membawa kepuasan kepada seorang lelaki sehinggalah dia menukar kerjaya menjadi ‘mayat.

Chuck Lamb, 56, memperoleh sehingga AS$1,500 (RM4,828) sehari kerana melakonkan watak mayat dalam beberapa rancangan televisyen dan filem.


Sebelum ini Lamb pernah muncul dalam siri televisyen seperti Jury dan filem Horrorween dan Kentucky Fried Horror.


Lamb mendapat idea kerjaya unik itu selepas menonton satu episod siri Law & Order: Special Victims Unit bersama isterinya Tonya.


Lamb berkata, dia mengimpikan watak yang membolehkan dia muncul di televisyen seperti siri penyiasatan itu.



“Ia semua bermula sebagai gurauan.


“Saya kemudian menyedari anda tidak perlukan sebarang bakat untuk menjadi mayat!” katanya.


Sejak itu Lamb mula menerima tawaran muncul dalam televisyen membawa watak mayat.



Lamb juga bercadang mewujudkan laman sesawang untuk memuat naik gambar dirinya sebagai ‘mayat.’ - Agensi

0 Response to "Seronok Jadi ‘mayat’ Dalam Rancangan Televisyen Dan Filem"

Post a Comment