Susulan Kes Samseng: Penjelasan Saksi Dan Pihak Pemandu Myvi


Semalam, kami kongsikan video anak-beranak yang menaiki Perodua Myvi yang dikatakan bertindak samseng dengan memecahkan cermin kereta pemandu Toyota Vios di Lebuhraya Karak, beberapa hari lalu. 



Susulan Kes Samseng: Penjelasan Saksi Dan Pihak Pemandu Myvi, info, terkini,



Ia mengakibatkan isteri pemandu tersebut mengalami kecederaan di bahagian jari, dipercayai terkena serpihan cermin itu.




 


 


Susulan Kes Samseng: Penjelasan Saksi Dan Pihak Pemandu Myvi, info, terkini,



Bagaimanapun, menerusi maklumat baru yang disiarkan oleh beberapa portal tempatan, ada saksi yang mendakwa kejadian itu berlaku sebenarnya disebabkan oleh provokasi oleh pemandu Toyota Vios tersebut.



Pada masa yang sama, dua lagi ‘screenshot’ mesej oleh isteri pemandu Myvi turut menceritakan kejadian yang berlaku. 




1 2

Jika dilihat penjelasan dari kedua-dua pihak, mungkin kami boleh simpulkan yang kedua-duanya bersalah.





Pemandu Toyota Vios bersalah kerana melakukan provokasi, manakala pemandu Myvi pula bertindak melampau sehingga menyebabkan cermin kereta tersebut pecah.



Hai, kalau sudah ada anak bini tu, banyak-banyaklah bersabar.



Kalau tak nak fikir keselamatan diri, fikirlah keselamatan mereka ya…





Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

0 Response to "Susulan Kes Samseng: Penjelasan Saksi Dan Pihak Pemandu Myvi"

Post a Comment