Ummi
Nadiah Filzah Binti Daud pelajar Malaysia di Mesir meninggal dunia. Menerusi
laman facebook Media Perubatan, dukacitanya dimaklumkan bahawa seorang pelajar
Malaysia iaitu Ummi Nadiah yang kritikal akibat kemalangan sejak 4 Jun 2014
telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 15 Jun 2014 di Unit
Rawatan Rapi, Hospital Miri Iskandariah, Mesir.
Terdahulu, Allahyarhamah Ummi Nadiah Filzah Daud Ummi Nadiah bersama lima
rakannya yang juga penuntut Fakulti Pergigian
Universiti Iskandariah telah terlibat
dalam kemalangan ketika menaiki sebuah van menuju lapangan terbang Borg el
Arab untuk pulang ke tanah air. Van
yang dinaiki mereka dikatakan terlanggar sebuah lori sebelum kesemua penuntut
berkenaan tercampak di Tasik Mesir.
Kronologi Ummi Nadiah
Filzah Daud Pelajar Malaysia Meninggal Dunia
4 Jun
2013: Satu kemalangan melibatkan 6 penuntut
Fakulti Pergigian Universiti Iskandariah telah berlaku pada jam 8.30 malam
ketika van yang dinaiki mereka telah melanggar sebuah lori ketika dalam
perjalanan ke Lapangan Terbang Borg el Arab untuk pulang ke tanah air. Susulan
itu, semua mangsa dikejarkan ke Hospital Salamah untuk rawatan lanjut. 2
daripada mereka hanya mengalami cedera ringan dan dibenarkan
pulang.
6 Jun
2014: Senarai 4 Mangsa masih dalam rawatan manakala 2 lagi telah
dibenarkan pulang
- Siti Nurul Aisyah bt Zahari telah selesai menjalani pembedahan tangan di Hospital Pakar Tulang Nariman.
- Fatin Inani bt Mohd Noh berada di Hospital Nur Islam,Camp Caesar telah selesai pembedahan plastik di bahagian muka dan rahang.
- Ummi Nadiah Filzah bt Daud masih belum sedar sepenuhnya berada di wad ICU Hospital Salamah, Azarita.
- Siti Shahirah bt Abdul Jalil kini berada di ICU Hospital AlMiri sekarang dalam keadaan stabil dan sedang menunggu waktu untuk menjalani pembedahan.
9 Jun
2014
- Siti Shahirah binti Ab Jalil telah dipindahkan ke Hospital Nur islam bagi menjalani pembedahan rahang.
- Ummi Nadiah Filzah binti Daud pula telah dipindahkan ke Hospital Miri Iskandariah, Mesir.
11 Jun
2014: Penderma darah diperlukan untuk salah
seorang mangsa kemalangan, Ummi Nadiah Filzah bt Daud.
15 Jun
2014: Ummi Nadiah Filzah binti Daud dilaporkan menghembuskan nafas
terakhir di Unit Rawatan Rapi, Hospital Miri
Iskandariah, Mesir.
0 Response to "Ummi Nadiah Filzah Daud Pelajar Malaysia Meninggal Dunia"
Post a Comment