Satu posting dibuat oleh Ahmad
Salman Abdul Rahim yang menyatakan sukar bagi kumpulan pejuang jihad sepertinya
untuk mengenal pasti sama ada pesawat yang terbang di ruang udara negara
bergolak adalah pesawat komersial atau tentera.
Tambah Ahmad Salman Abdul Rahim lagi, pesawat komersial berhadapan risiko besar kerana kumpulan pejuang seperti mereka tidak mempunyai peralatan radar dan teknologi canggih untuk mengenal pasti sama ada sasaran di udara adalah 'musuh atau sebaliknya'.
Selain itu, beliau turut menyuarakan rasa terkejut mengenai insiden itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH17.
Pesawat malang yang berlepas dari Amsterdam dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pagi Jumaat.
sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/18/sukar-kenalpasti-pesawat/

Bismillah...
aku tertanya... diruang udara Syria khususnya seringkali kapal terbang komersial diberi laluan merentasi sedang negara ini sedang berperang... kadang berlaku salah sangka diantara kami fikirkan pesawat musuh... bila ditenung rupanya kapal penumpang... sewaktu aku dalam perjalanan ke Turki juga pesawat melepasi ruang udara Iraq... pada pendapat aku ini adalah satu kebenaran yang amat berisiko tinggi... apakah tiada laluan lain... di Syria khususnya kami tiada radar disini... kami tidak jelas samada objek yg berlegar diudara adalah pihak musuh atau sebaliknya... apa2 boleh terjadi untuk menimbulkan fitnah sekiranya satu insiden yang tidak diingini berlaku...
Inna lillahi wa inna ilahi roji' oun atas berita yang mengejutkan dan menyayat hati... MH17 dilaporkan ditembak dan terhempas...
moga kita belajar sesuatu yang amat berharga dari musibah ini... takziah dari saya dan semua teman diSyria...
Merujuk kepada nasib penumpang dalam pesawat MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro Rusia, Ahmad Salman berkata, pihak yang berperang boleh menuding jari antara satu sama lain sekiranya kejadian tidak diingini berlaku.
Selain itu, beliau turut menyuarakan rasa terkejut mengenai insiden itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH17.
Pesawat malang yang berlepas dari Amsterdam dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi (waktu tempatan Malaysia) pagi Jumaat.
sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/07/18/sukar-kenalpasti-pesawat/
0 Response to "MH17~ Sukar Kenal Pesawat Di Ruang Udara Negara Bergolak - Pejuang Jihad"
Post a Comment