NGERI, PERUT TEMBUS DITUSUK TIANG LAMPU JALAN !



SEREMBAN: NGERI!! Perut seorang lelaki warga Nigeria ditusuk tiang lampu jalan selepas kereta yang dinaikinya bersama rakan senegara terlibat dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Sentul, LEKAS pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.30 pagi itu, mangsa bersama tiga orang lagi rakan senegaranya terbabas sebelum merempuh tiang lampu jalan.

Akibatnya, tiang lampu tertusuk pada bahagian perut mangsa yang berusia 20-an yang duduk di bahagian penumpang hadapan.

Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban di sini, untuk rawatan lanjut. - Harian Metro

0 Response to "NGERI, PERUT TEMBUS DITUSUK TIANG LAMPU JALAN !"

Post a Comment