“Bayangkanlah kalau duit poket sepanjang beraksi Piala Dunia hanya RM500 seorang, siapa yang tidak bengang?”
Demikian menurut sumber, salah satu individu yang turut serta bersama skuad negara ke kejohanan hoki Piala Dunia di The Hague, Belanda bulan lalu, sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pemain termasuk penyerang utama negara Faizal Saari yang menyuarakan hasrat untuk mengundur diri dari skuad kebangsaan.
Menurut sumber itu, dengan status selaku pasukan yang beraksi di Piala Dunia, duit poket sebanyak itu yang diberikan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) sememangnya di luar jangkaan pemain yang beraksi di pentas tertinggi itu.
Jika dikira, sepanjang 22 hari berada di The Hague itu, setiap pemain negara pada dasarnya menerima RM23 (5 euro) sehari.
Skuad negara bertolak awal ke Belanda pada 23 Mei untuk beberapa perlawanan persahabatan dan pulang pada 13 Jun selepas beraksi untuk penentuan tempat ke-11/12, sehari sebelum itu. Malaysia menduduki tempat tercorot di kejohanan yang berlangsung dari 31 Mei hingga 15 Jun itu.
sumber
http://www.hmetro.com.my/articles/2014071801515720140718015157//Article

0 Response to "Punca Sebenar Prestasi Skuad Hoki Negara Merosot"
Post a Comment