Berita Terkini Pidato Umum Anwar Ibrahim Di Universiti Malaya 27 Okt 2014

Pidato Umum Anwar Ibrahim Di Universiti Malaya 27 Okt 2014

Keselamatan kampus Univesiti Malaya (UM) akan diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) esok, lapor portal berita The Malaysian Insider.

Menurut Naib Canselor Hal Ehwal pelajar (HEP) Prof Datuk Dr Rohana Yusof, ia dipercayai bertujuan bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk untuk menyampaikan pidato di situ.

“Kesemua pintu agar universiti (kecuali pintu pagar utama) akan ditutup pada 27 Oktober 2014 bermula jam 4 petang bagi memastikan tiada kenderaan luar memasuki kawasan kampus.

“Pihak polis akan mula mengawal kawasan kampus bermula jam 7 pagi.

“Pihak PDRM akan mengambil alih keselamatan universiti sepanjang tarikh 27 Oktober,” katanya.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) itu tambah, pelajar juga tidak dibenarkan berada di Dataran Tunku Canselor (DTC) atau kawasan sekitarnya bermula jam 4 petang.

Pidato Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim: 40 Tahun Dari Universiti Malaya ke Penjara dijadualkan berlangsung di Dataran Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM).


Pihak universiti bagaimanapun melarang penganjuran program terbabit kerana ia melanggar peraturan universiti.

Menurut Rohana berkata program PMUM itu haram kerana tidak mendapat mendapat kebenaran rasmi pentadbiran UM serta dikatakan memberi pandangan negatif terhadap universiti selain mencemarkan imej UM - Astro Awani


Terkini
Universiti Malaya (UM) nafi memberi amaran kepada mahasiswa melarang mereka menghadiri pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan pada hari esok.

Menurut Naib Canselor Hal Ehwal pelajar (HEP) Prof Datuk Dr Rohana Yusof, pihaknya juga menafikan bahawa keselamatan kampus akan diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), seperti yang dilaporkan oleh beberapa portal berita tempatan.

“Tidak akan perkara bahawa polis akan mengambil alih, UM mempunyai sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini?

“Tidak ada notis, UM tidak pernah memberi kebenaran pada aktiviti ini, jadi kami tidak jangka majlis tersebut akan berlaku,” kata beliau kepada portal beritaMalaysiakinihari ini.



Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/um-nafi-pdrm-akan-ambil-alih-keselamatan-esok-47036?cp

0 Response to "Berita Terkini Pidato Umum Anwar Ibrahim Di Universiti Malaya 27 Okt 2014"

Post a Comment