Beliau
menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan
berbentuk plak berserta bingkai daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Razak.
Berikut adalah
Biodata Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman,
Tokoh Maal Hijrah 1436H Tahun
2014
Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman
- PSM, PJN, DSDK, SDK, AMN
- Tarikh Lahir : 31 Disember 1938
- Nama Pasangan : Puan Sri Hanan bt. Haji BakarBil. Anak : Lapan
B.A
Perundangan Islam (Syariah) Universiti Azhar, Kaherah, Mesir; Diploma
Pendidikan, Universiti Ain Sham, Kaherah, Mesir; Diploma Undang-Undang dan
Pentadbiran Kehakiman Islam, Universiti Islam Antarabangsa,
Malaysia
Tan
Sri Sheikh Ghazali berasal dari Tobiar, Pendang, Kedah.
Pendidikan
Asas Di :
- Sekolah Melayu / Sekolah Agama Tobiar, Kedah
- Universiti ‘Ain Sham, Kaherah
- Universiti Islam Antarabangsa
Kelulusan
Akademik :
- BA. Ijazah perundangan Islam (Syariah) di Universiti Al-Azhar, Mesir
- Diploma Pendidikan, Universiti ‘Ain Sham, Kaherah
- Diploma Undang-undang Islam dan Pentadbiran Kehakiman Islam, UIA.
Pengalaman
dalam kerjaya :
- 1968-1972 Pensyarah di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah.
- 1971-1972 Kadi Pelatih bagi Daerah Kota Setar, Kedah
- 1972-1977 Kadi Daerah Padang Tetap, Kedah
- 1977-1979 Ketua Pegawai Penerangan Awam
- 1979-1980 Setiausaha Baitulmal, Kedah
- 1980-1993 Kadi Besar Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
- 1994-1997 Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan
- 1998-30.11.2007
Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman
Syariah
Malaysia. - 1.4.2008 Penasihat Perundangan Syariah di Jabatan Peguam Negara
Beliau
merupakan mantan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia.
Tan Sri Sheikh
Ghazali menyandang beberapa jawatan penting, di antaranya ialah Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM); Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan di Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia; Ahli Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan Perbankan Islam dan Takaful
Bank Negara (Bekas Pengerusi), Ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya
Sekuriti (Bekas Pengerusi); Ahli Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri di Wilayah
Persekutuan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak dan Kelantan; dan bekas Ahli Majlis Syariah,
Accounting and Auditing Organisation Islamic Financial Institution (AAOIFI) yang
beribu pejabat di Bahrain.
Beliau juga
aktif di dalam aktiviti sosial melalui pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM); Ahli Majlis
Pelan Tindakan Pembangunan Ummah YaPEIM; Ahli Majlis Perundingan Islam Jabatan
Perdana Menteri; Pengerusi Panel Undang-Undang Majlis Perundingan Islam Jabatan
Perdana Menteri; Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Jabatan Mufti Wilayah
Persekutuan; Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Ahli Jawatankuasa
Pembangunan dan Pelaburan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Pengerusi
Jawatankuasa "Good Governance" untuk Garis Panduan Syarikat Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan;
Ahli Lembaga
Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM); Pengerusi Jawatankuasa Kerja
Penasihat Syariah Yayasan Waqaf Malaysia (YWM); Ahli Lembaga Penasihat, Fakulti
Pengajian Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Panel Penasihat
Pengajian Tinggi Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM); Ahli Lembaga Penasihat Akademik Program Sarjana Syariah di Universiti
Utara Malaysia (UUM) dan Ahli Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Program (Steering
Committee On Programme Development); Diploma Kefatwaan, Institut Pengurusan dan
Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD); Ahli Jawatankuasa Pemandu Pengurusan
Pensijilan Halal Malaysia JAKIM; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sabah dan
Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan dan Pengurusan Fatwa.
Di atas
sumbangan dan jasanya terhadap pembangunan ummah, Tan Sri Sheikh Ghazali telah
mendapat pengiktirafan dan pengurniaan Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1416H,
Peringkat Wilayah Persekutuan tahun 1995 dan Anugerah Penghargaan Ma'al Hijrah
1428H, Peringkat Kebangsaan Tahun 2007. Beliau juga dilantik sebagai Ahli Panel
Pelaburan TH pada bulan Oktober 2001 dan Ahli
Jawatankuasa Penasihat Syariah THpada Mei
2010.
Biodata sumber
Tabung Haji
0 Response to "Biodata Tokoh Maal Hijrah 1436H Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman"
Post a Comment