Borang Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 KEMAS 2015 Online


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menerusi teks pemberitahuan bertarikh 28 Oktober 2014 mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan iaitu


Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 (Pemaju Masyarakat Pelbagai Jurusan)


Syarat Kelayakan Permohonan Jawatan Pembangunan Masyarakat Gred S17

Warganegara Malaysia
Berumur tidak kurang dari 19 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan
Memiliki sijil SPM
Lulus Bahasa Melayu SPM termasuk ujian lisan pada peringkat SPM


Pemohon dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu syarat-syarat kelayakan sebelum melengkapkan borang permohonan


Sehubungan dengan itu, sila layari pautan lampiran, 


Borang Permohonan Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 KEMAS Online


Permohonan hendaklah dibuat secara manual iaitu menggunakan borang yang boleh dimuat turun dari laman web rasmi KEMAS.




Panduan Menghantar Borang Permohonan

Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah disertakan bersama salinan sijil yang disahkan sepertimana yang dinyatakan di dalam Borang KEMAS
Pemohon hanya layak memohon satu (1) jurusan sahaja
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan


Borang Permohonan boleh dihantar menerusi salah satu alamat yang terdapat pada lampiran yang disertakan. Klik pautan berikut






Tarikh Tutup Permohonan


Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 November 2014


Temuduga Dan Keputusan


Hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga


Calon-calon yang tidak dihubungi selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya untuk sesi temuduga dan surat pemberitahuan tidak akan dikeluarkan oleh Jabatan


Maklumat lanjut


Sebarang keterangan lanjut boleh didapati menerusi:-


0 Response to "Borang Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17 KEMAS 2015 Online"

Post a Comment