Dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Muhammad Amirul Syahir Amir Hamzah dikatakan sedang meniti di atas besi katil, sebelum terjerlus dan lehernya tersangkut.
Ibu mangsa yang menyedari kejadian cuba meregangkan besi katil, namun gagal lalu menghubungi anggota bomba.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3 petang dan tiba di lokasi 17 minit kemudian.
"Ketika sampai di lokasi kejadian, kanak-kanak lelaki ini sedang menangis kerana tersepit di antara besi katil dua tingkat dalam keadaan berdiri.
"Mangsa berjaya diselamatkan dalam tempoh kurang 10 minit apabila anggota menggunakan pemotong besi untuk memotong besi katil," katanya.
via : sukanstartv
0 Response to "Cemas kepala tersangkut celah besi katil"
Post a Comment