Ini merupakan satu pengajaran berguna kepada ibu bapa semua agar tidak melepaskan sepenuh tanggung jawab kepada pengasuh dalam mendidik anak mereka.
Kejadian ini berlaku di Taman Seri Pinang, Kepala Batas apabila seorang ibu yang bekerja kilang terkejut apabila mendapati anak lelakinya yang berusia empat tahun terbaring di lantai rumah pengasuhnya dalam keadaan tangan dan kakinya diikat.
'Pemeriksaan mengejut' di rumah pengasuh itu dilakukan selepas mendapati anaknya sentiasa dalam keadaan lapar dan mengambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anaknya ketika di rumah pengasuh tersebut.
Polis menahan pengasuh berusia 39 tahun itu selepas menerima laporan wanita itu dan beliau telah direman sehingga esok bagi membantu siasatan.
Menurut sumber, kanak-kanak itu diikat kerana didakwa nakal.
0 Response to "Gambar Budak Lelaki Diikat Pengasuh Di Kepala Batas"
Post a Comment