Guru besar galas calon UPSR ke dewan peperiksaan

guru besar galas calon upsr

KUANTAN - Keprihatinan Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Pusat, Jengka terhadap kesulitan salah seorang murid calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang cedera di kaki akibat kemalangan untuk ke dewan peperiksaan menyentuh perasaan semua guru dan murid sekolah terbabit.

Tindakan Hamzah Mat Ali mengalas muridnya,  Muhammad Iqbal Hamdi, 12 dari pintu pagar sekolah ke dewan peperiksaan di tingkat tiga melangkaui tugas beliau sebagai guru besar kerana sifat kemanusiaan dan rasa tanggungjawab.

Bagi seorang guru, Hasrina Mohd Noor, dia kagum dan pada masa yang sama terharu melihat kesanggupan guru besar yang sangat dihormati mengambil tanggungjawab itu sendiri sedangkan dia boleh meminta guru lain berbuat demikian.

Menurutnya, Muhammad Iqbal yang terlibat dalam kemalangan di Bandar Pusat Jengka sehari sebelum tarikh peperiksaan ulangan UPSR untuk mata pelajaran Matematik kelmarin tidak dapat berjalan akibat kecederaan pada bahagian kakinya.

“Dia dihantar ibu bapa ke sekolah bagaimana pun keluarga tidak dibenarkan masuk dalam kawasan sekolah pada hari tersebut.

“Cikgu Hamzah yang kebetulan ada di situ membantu mengangkat dan mengalasnya ke dewan peperiksaan,” katanya.

Hasrina berkata, atas pertolongan guru besar terbabit, Muhammad Iqbal dapat mengikuti ujian itu tanpa sebarang masalah sekali gus dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada soalan yang diberikan.

via : sukanstartv

Related Posts :

0 Response to "Guru besar galas calon UPSR ke dewan peperiksaan"

Post a Comment