Pada 2012 sebuah komputer Apple-1 yang masih berfungsi dilelong pada harga AS$374,500 (RM1.22 juta).
Rumah lelongan Bonhams memaklumkan, komputer yang masih berfungsi itu dipasang di garaj kereta milik Jobs di Los Altos, California.
Pada acara lelongan itu, komputer berkenaan berjaya dibeli Yayasan Henry Ford yang merancang mempamerkan komputer berkenaan di sebuah muzium miliknya di Dearborn, Michigan.
“Apple-1 bukan sahaja inovatif, malah ia asas kepada revolusi digital,” kata Presiden Henry Ford, Patricia Mooradian.
Ketika komputer itu dihasilkan 38 tahun lalu, tidak ramai membelinya sebelum pemilik syarikat elektronik, Paul Terrell membuat tempahan 50 unit Apple-1 dan menjualnya pada harga AS$666.66 (RM2,180.72).
Susulan itu, Jobs dan Wozniak mengeluarkan 150 lagi komputer dan menjualnya kepada kenalannya serta syarikat elektronik.
Ketika ini kurang 50 unit komputer Apple-1 yang masih dapat berfungsi dengan baik. lapor mStar online
0 Response to "Komputer Pertama Apple-1 Dilelong Berjuta Ringgit"
Post a Comment