Lapan pelajar
lelaki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang digantung
persekolahan serta merta melibatkan
kes pukul seorang pelajar tingkatan dua pada 22 Oktober 2014 yang
lalu.
"Perkara ini
akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua
pihak. Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin
MRSM"
Sekiranya didapati bersalah pelajar terlibat boleh dikenakan tindakan buang sekolah.
Informasi Kes Pukul Pelajar Tingkatan 2 MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
Media melaporkan insiden ini bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon pintar Samsung Note 3 milik salah seorang daripada lapan pelajar terbabit.
Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut.
Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang, Selangor, telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapat rawatan.
Polis menahan lapan pelajar terbabit Isnin lepas di sekolah itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dengan diiringi guru mereka bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut meluluskan perpindahan mangsa ke MRSM Kuala Kubu Baharu, Selangor bermula Rabu.
"MARA berharap dengan perpindahan ini, dapat mengelak sebarang trauma selain diberikan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan," kata Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Azmi Mohamad. Olahan dari mStar online
0 Response to "Lapan Pelajar MRSM Balik Pulau Digantung Terlibat Kes Pukul"
Post a Comment