Seorang peminat Manchester United yang koma selama 17 bulan, mengambil keputusan menyokong Liverpool selepas terjaga dari keadaan itu selepas mendakwa dia bercakap dengan Robbie Fowlerdan ditunjukkan keindahan Fields of Anfield Road.
Laman web World News Daily Report dalam laporannya pada awal Okt 2014 berkata Eduardo Vincenzo Maria Gomez, 87, yang berasal dari Sepanyol dan sudah menetap serta menyokong Manchester United di Pulau Jawa selama 43 tahun. Beliau yang fasih berbahasa Jawa dan pelbagai dialek dari kumpulan etnik yang berbeza pulau tersebut merupakan seorang tokoh terkenal dan ahli penyokongUltras yang sangat dihormati di antara semua peminat sepak bola daerah berkenaan.
Gomez yang mengalami masalah jantung, koma selepas dia terjatuh dari tingkat dua stadium ketika sukarelawan dan penduduk tempatan membantunya membaiki bumbung stadium.Bagaimanapun sangat luar biasa, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan tiada satu pun daripada tulangnya patah. “Beliau seorang yang ajaib kerana tidak mengalami kecederaan tulang belakang dan akan boleh berjalan segera.” Akui seorang doktor yang merawatnya di Metropolitan Medical Centre Jakarta Selatan.
“Ini manusia terkuat berusia 80 tahun yang pernah saya lihat. Sepatutnya tulangnya sudah remuk.” tambah Dr. Jim Won Mei lagi yang mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan selama dua puluh tahun.
Beliau, telah berjaya bertahan dan keluar daripada keadaan koma, serta menjadi seorang yang berbeza.
“Saya tidak tahu apa-apa tentang Liverpool, saya juga tidak pernah menyanyi You'll Never Walk Alone. Apa yang saya ingat, saya bertemu Robbie "God" Fowler. Sebelum itu, satu cahaya terang bersinar memancar ke badan saya sebelum saya dapat melihat kemunculan gerbang Shakly yang berwarna keemas-emasan di hadapan saya dan Fowler memberitahu saya namanya dan ia adalah Robbie” kata bekas penyokong Red Devil tersebut kepada wartawan Kalimantan Press.
.
Berita tentang keputusan Eduardo Gomez untuk bertukar kelab mengejutkan ramai pengikutnya, namun apa yang menarik lebih separuh daripada mereka sudah menunjukkan minat untuk memeluk menyokong Liverpool.
“Jika Liverpool merupakan kelab bolasepak yang benar, saya tidak mahu berada dalam jalan yang sesat di hari penghakiman nanti. Saya percayakan Eduardo, kami semua percayakan dia,” kata seorang pengikutnya.
Eduardo Gomez yang masih mendapatkan rawatan perubatan telah mengarahkan pembinaan sebuah kelab penyokong baru dan pengikutnya kini sedang berusaha keras untuk mencari dana yang diperlukan bagi merealisasikan hasrat tersebut. “Kami terhutang budi kepada Eduardo untuk semua yang telah dilakukannya untuk kami.” jelas salah seorang pengikutnya dari Kelab Penyokong Manchester United lama, yang sekarang telah dijual.
#trollsemata-mata
0 Response to "PEMINAT MAN UNITED MULA MENYOKONG LIVERPOOL SELEPAS KOMA 17 BULAN"
Post a Comment