Rebat Diskaun PTPTN 20 Dan 10 Peratus Mulai Tahun 2015


Sebagai langkah untuk memujuk pelajar yang membuat pinjaman PTPTN membuat balik pembayaran keatas pinjaman dibuat itu, kerajaan menerusi Bajet 2015 mencadangkan:-
10 peratus rebat diberikan sekiranya peminjam membuat bayaran balik pinjaman secara berterusan selama 12 bulan sehingga 31 Disember 2015Diskaun 20 peratus diberikan kepada peminjam yang membuat penyelesaian secara sekali gus atau lump sum mulai tarikh dicadangkan sehingga 31 Mac 2015.

Merujuk kepada teks ucapan Bajet 2015, sejak penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN pada 1997 sehingga kini, seramai 2,1 juta rakyat Malaysia telah mengambil pinjaman berjumlah 47.8 bilion ringgit.

Namun demikian, setakat 31 Ogos 2014, hanya 5.36 bilion ringgit atau 46 peratus daripada 11.76 bilion ringgit telah dikutip.

Lebih menyedihkan, terdapat seramai 174 ribu peminjam, yang langsung tidak pernah membayar balik setakat 2010. Oleh itu, Kerajaan akan mengambil langkah baru yang setimpal dan sewajarnya kepada para peminjam ini.

Related Posts :

0 Response to "Rebat Diskaun PTPTN 20 Dan 10 Peratus Mulai Tahun 2015"

Post a Comment