Syarat Umum Kelayakan Pegawai Di Tentera Darat Malaysia

tentera darat malaysia

Berikut adalah syarat-syarat umum yang diperlukan untuk menjadi pegawai di dalam Tentera Darat Malaysia yang dipetik dari Portal Rasmi Tentera Darat Malaysia. * SILA AMBIL PERHATIAN: Syarat-syarat adalah tertakluk kepada keperluan semasa sesi pengambilan terkini.

SYARAT KELAYAKAN AM
Jantina:

  • Lelaki dan Wanita.
Umur.

  • Tidak melebihi 27 tahun.
Fizikal:

  • Tinggi minimum : 1.62m (Lelaki) / 1.57m (Wanita).

  • Berat minimum : 47.5 kg (Lelaki) / 45.0 kg (Wanita).

  • Ukuran dada minimum (Lelaki sahaja) : 76sm.

  • Body Mass Index (BMI) 18.0 hingga 23.0.

Taraf Kesihatan.

  • Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT - Forward Everywhere (FE).

SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

  • Berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam jurusan atau bidang pengajian yang ditetapkan oleh ATM dari semasa ke semaa.

PERLANTIKAN DAN PENTAULIAHAN

Pelantikan.

  • Calon-calon yang berjaya terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet untuk menjalani pengajian ketenteraan.

Pentauliahan.

  • Pegawai Kadet yang berjaya lulus dengan cemerlang dalam pengajian ketenteraan akan dianugerahkan Tauliah Jangka Pendek (TJP) dengan menyandang pangkat Leftenan Muda (Lt Muda) atau setaraf setelah diperkenan oleh SPB Yang Di Pertuan Agong.

Gaji.

  • Berdasarkan skim gaji sedia ada.

KEPERLUAN DOKUMEN
Tiada borang khusus disediakan untuk tujuan permohonan. Permohonan boleh dibuat dengan menyertakan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Profil peribadi (resume) beserta nombor telefon dan alamat e-mail yang boleh dihubungi.

  • Salinan Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang yang ditawarkan.

  • Salinan Transkrip Akademik.

  • Salinan Sijil SPM/SPMV.

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon, Ibu dan bapa.

  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah.

  • Salinan Sijil Kelahiran Pemohon, Ibu dan Bapa.

  • Salinan Sijil Sukan dan Ko-kurikulum.

  • Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).

  • Sekeping gambar berukuran pasport.

  • Sekeping sampul Pos Ekspress berukuran 229mm x 162mm, beralamat sendiri.

Pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang permohonan. Hanya calon-calon disenarai pendek akan dipanggil untuk ujian dan temuduga di Pusat Pemilihan yang ditetapkan. Mereka yang tidak menerima sebarang surat tawaran setelah DUA (2) MINGGU dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya. Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada:

MARKAS ANGKATAN TENTERA
BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA
CAWANGAN TENAGA KERJA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
JALAN PADANG TEMBAK
50634 KUALA LUMPUR
(UNTUK PERHATIAN: SEL C)

ATAU

Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, JaLan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa dokumen-dokumen seperti dinyatakan diatas.

0 Response to "Syarat Umum Kelayakan Pegawai Di Tentera Darat Malaysia"

Post a Comment