Azmin Ali Dedah Nombor Telefon Kepada Orang Ramai

No tel Azmin Ali

Setiap Menteri Besar Selangor yang baru mempunyai personaliti dan tindakan yang berbeza-beza dalam menangani isu rakyat Selangor.

Semalam, MB Selangor Azmin Ali telah memuat naik tweet dalam twitter seperti berikut


 “Kalau kamu nampak ada sampah belum kutip, kamu ‘text’ saya… Ini nombor saya 012-205 2020. Saya mahu Selangor bersih,” 


No telefon Azmin Ali
Tindakan berani dan pro-aktif beliau telah mendapat reaksi yang positif daripada warga media sosial yang antara lain menyambut baik langkah MB Azmin Ali ini dalam mengatasi masalah kebersihan di Selangor.

Menurut Azmin beliau memberi masa tiga bulan untuk pihak berkuasa tempatan untuk membersihkan semua sampah-sarap di kawasan Selangor.

"Saya telah arahkan semua PBT termasuklah MBPJ dan MBSJ, saya beri mereka tiga bulan, sehingga Disember 2014. Saya mahu semua sampah ini dikutip dan diselesaikan.

"Saya mahu PJ menjadi daerah yang paling bersih di negeri Selangor,” 




0 Response to "Azmin Ali Dedah Nombor Telefon Kepada Orang Ramai"

Post a Comment