Chong Wei Sah Positif Dadah Jenis 'deksametason'

Chong Wei Sah Positif Dadah Jenis 'deksametason'

Hasil ujian Sampel B milik pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei disahkan positif dadah jenis 'deksametason'.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan membuat pengumuman rasmi mengenai ujian doping Sampel B milik ikon badminton negara itu dalam sidang media di ibu pejabat BAM di Bukit Kiara pada jam 2 petang ini.


Sidang media itu dijangka diketuai oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria.


Terdahulu, Chong Wei diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh ke Oslo, Norway untuk menyaksikan analisis ujian Sampel B di makmal Hospital Universiti Oslo pada 5 November lalu.

Chong Wei dilaporkan positif ujian doping bagi Sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.


Beliau dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang 'deksametason' semasa ujian dijalankan - lapor BH online

0 Response to "Chong Wei Sah Positif Dadah Jenis 'deksametason'"

Post a Comment