Farid Kamil jatuh dari tingkat 4, bukanlah disebabkan oleh tindakan Diana
Danielle (isteri) enggan berlakon dengannya tapi ianya cukup sinonim dengan
adegan xtrem untuk sebuah filem.

Farid dikatakan jatuh dari tingkat 4 semata-mata untuk satu babak dalam
filem Kaki Kitai. Keadaan Farid tidak lah serius memandangkan jatuhnya itu dari
arah belakang.
“Cabaran paling teruk adalah ketika melakukan babak jatuh
dari tingkat 4. Persiapan awal tak dilakukan dengan baik dan pengiraan saya juga
silap. Saya terhempap di bahagian belakang dan akibatnya, ia mendatangkan
kecedaraan di bahagian belakang saya.
Saya tak boleh nak ‘bajet’ sebab
saya jatuh dari bahagian belakang, kalau bahagian depan mungkin saya dapat
kawal. Selepas jatuh, saya tak bernafas dalam lima saat dan memang susah nak
tarik nafas,”
“Bukan tak serik tapi malang tak berbau. Memang saya ada cakap nak
kurangkan aksi lagak ngeri, namun saya memang tak sangka benda itu akan berlaku.
Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dan akan pastikan saya melihat dulu
pakar buat sebelum saya sendiri melakukan aksi. Kalau selamat untuk lakukan,
saya akan buat,” -Farid.
Petikan portal GUA
0 Response to "Farid Kamil Tak Bernafas Jatuh Tingkat 4, Keadaannya Kini..."
Post a Comment