
Sebuah lombong di Tronoh Mines dekat Kampar pecah mengakibatkan berlaku limpahan air setinggi 1 1/2 kaki (paras lutut) ke atas jalan raya yang menghubungkan Tronoh Mines dengan Taman Cahaya sejauh lebih kurang 1 kilometer.
Benteng lombong itu sudah pecah kira-kira 30 peratus menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Perak yang menerima panggilan kecemasan pada jam 7.17 petang.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda berlaku manakala laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan. Sumber gambar FB Jabatan Bomba


0 Response to "Gambar Benteng Lombong Di Tronoh Mines Kampar Pecah 2 Nov 2014"
Post a Comment