Kementerian Pendidikan Nafi Kertas Matematik 2 SPM Bocor

Kertas Matematik 2 SPM Bocor

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan khabar angin yang tersebar di laman Facebook yang mendakwa berlaku insiden kebocoran membabitkan kertas soalan Matematik 2 (kod 1449/2) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014.

Kertas peperiksaan Matematik 2 dijadualkan bermula dari pukul 10 pagi hingga 12.30 tengah hari Rabu lalu. KPM bagaimanapun menafikan insiden kertas soalan Matematik 2 (kod 1449/2) bocor di Melaka, Selangor dan Sabah.

Berikut adalah kenyataan akhbar klik SINI

PENAFIAN DAKWAAN KEBOCORAN KERTAS PEPERIKSAAN DAN ULANGAN KERTAS 2 MATHEMATICS SPM 2014

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ingin menegaskan bahawa dakwaan yang tersebar dalam media sosialFacebook mengenai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mathematics Kertas 2 Kod 1449/2 yang akan diulang pada 5 Disember 2014 dan kebocoran kertas tersebut di Melaka, Selangor dan Sabah adalah TIDAK BENAR. Sehubungan dengan itu, peperiksaan SPM berjalan seperti yang dijadualkan. 

Kertas Matematik 2 SPM Bocor

Malah, tiada peperiksaan ulangan untuk kertas tersebut pada 5 Disember 2014 seperti yang disiarkan di dalam Facebook itu. Kementerian Pendidikan berkata, peperiksaan SPM akan diteruskan mengikut jadual.

0 Response to "Kementerian Pendidikan Nafi Kertas Matematik 2 SPM Bocor"

Post a Comment