Majlis Konvokesyen UTM 2014 Ke 53

Majlis Konvokesyen UTM 2014 Ke 53

Seramai 5,590 graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerima ijazah dan diploma pada Majlis Konvokesyen UTM ke-53 yang berlangsung selama tiga hari, bermula 1 November hingga 3 November 2014.

Jumlah penerimaan Ijazah dan Diploma Konvokesyen UTM Yang ke 53 

1) 201 graduan menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD)

2) 1,065 Sarjana 

3) 2,914 Sarjana Muda

4) dua Diploma Lepasan Ijazah 

5) 1,408 Diploma

Seramai 402 graduan antarabangsa dari 31 negara turut terbabit menerima diploma dan ijazah yang disampaikan Pro-Canselor UTM, Datuk Dr Muhammad Ridzuan Salleh dan Tan Sri Dr Yahya Awang.

Sesi pertama majlis konvokesyen itu turut menyaksikan graduan Doktor Falsafah (Matematik) termuda, Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim, 24, menerima anugerah Malaysia Book of Record. 

0 Response to "Majlis Konvokesyen UTM 2014 Ke 53"

Post a Comment