Permohonan Kemasukan SBP 2015 Tingkatan 4 Online
Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2015 Tingkatan 4 akan dibuka bermula 1 Disember hingga 30 Disember 2014 - LINK APPLIKASI PERMOHONAN AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KESEMASA
* Nota - Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 SBP 2015 telah dibuka pada 1 Oktober hingga 30 Oktober 2014. Link permohonan di http://apps5.moe.gov.my/permohonansst1/spat1_2015/
Sila layari laman web http://public.moe.gov.my/ atau KPM di Portal Rasmi KPM untuk sebarang keterangan lanjut untuk sebarang informasi terkini.
Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia
Anda boleh semak di http://www.moe.gov.my/v/direktori-institusi?cat=1&keyword=
PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DIPETIK DARI LAMAN WEB KPM
- Permohonan hanya secara online melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
SYARAT PEMILIHAN TINGKATAN EMPAT (4)
- Murid mestilah warganegara Malaysia;
- Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan
- Kelayakan akademik keputusan PT3 seperti berikut :-
- Memperoleh 7A atau 6A (termasuk Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan Matematik dalam peperiksaan PT3 2014.
- Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik
- Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris masing-masing ditaksir secara ujian bertulis dan ujian lisan ; dan
- Aktif dalam kokurikulum
TAWARAN INI HANYA SAH SEKIRANYA MURID MEMENUHI
SYARAT-SYARAT SEPERTI BERIKUT:
- Murid mestilah warganegara Malaysia.
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
- Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
0 Response to "Permohonan Kemasukan SBP 2015 Tingkatan 4 Online"
Post a Comment